'Three Billboards' Diramal Dominasi Anugerah Oscars 2018


Anugerah Akademi ke-90 membuka tirai dengan menampilkan pengacara terkemuka, Jimmy Kimmel kali kedua sebagai hos meraikan barisan penggiat filem kelas A yang menanti penuh debaran, filem mana yang bakal dinobatkan sebagai filem terbaik.

Pencalonan filem komedi gelap "Three Billboards" berada pada kedudukan teratas untuk menerima hadiah paling berprestij, walaupun kisah cinta fantasi, "The Shape of Water" mengungguli dengan 13 pencalonan.

Malam anugerah yang disiar ABC dari Hollywood Dolby Theatre bakal menyaksikan kempen Tinseltown menentang salah laku seks dan ketidaksamaan jantina, menjadi antara topik yang hangat diperkatakan.

"Saya tidak ingat setahun yang begitu banyak ketidakpastian. Terdapat sekurang-kurangnya empat kemungkinan kuat untuk menang termasuk epik Christopher Nolan, "Dunkirk"," kata pengarang Anugerah Avarietas, Tim Grey kepada AFP.

Grey berkata, beliau menjangkakan "The Shape of Water" bakal menang, tetapi ia hanya satu tekaan.
'Three Billboards' Diramal Dominasi Anugerah Oscars 2018 'Three Billboards' Diramal Dominasi Anugerah Oscars 2018 Reviewed by Kakigosip on 17:53:00 Rating: 5
Powered by Blogger.