Tak Fasal-fasal Dilabel "Si Tua Sendu Cari Publisiti Murahan"

Sepanjang minggu lalu, dunia hiburan tanah air panas dengan satu persatu kontroversi yang sekaligus menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Ekoran banyak isu yang melanda, penyanyi Atilia Haron, 43, turut terpanggil untuk memuat naik sekeping foto di laman Instagram miliknya dan 'berjaya' membuat sebilangan pengguna media sosial beralih kepadanya.

"enough with zouk issue. Viralkan i pulak pls. Mintak mintak penuh lah class jap lagi", itu antara kapsyen yang ditulis Atilia pada gambar yang di muta naik.

..

Apa yang mencuri perhatian, gambar tersebut menunjukkan dia membuat salah satu gaya yoga dan pada badannya terang-terang dapat dilihat terlukis 'tatu'.

Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi yang secara tidak langsung mencetuskan perbalahan antara pengikut Atilia dan netizen.

"Si Tua Sendu Cari Publisti Murahan," komen seorang netizen.

Pun begitu ramai juga pengikut pelantun lagu Aku Curinga ini mendakwa ia hanya lukisan yang ditambah menggunakan teknik suntingan.

..

Apapun, mungkin Atili mempunyai alasan tersendiri mengapa dia memuat naik gambar dan status sebegitu. Atau mungkin ia sindiran secara halus dari penyanyi ini kepada netizen yang suka memperbesar-besarkan sesuatu isu.

Namun sebagai selebriti, Atilia seharusnya lebih bijak 'mendidik' dan menegur netizen. Bukannya mencetuskan provokasi seperti yang dilakukan ini.
Tak Fasal-fasal Dilabel "Si Tua Sendu Cari Publisiti Murahan" Tak Fasal-fasal Dilabel "Si Tua Sendu Cari Publisiti Murahan" Reviewed by Kakigosip on 17:46:00 Rating: 5
Powered by Blogger.