Tajul Akui Segan Berlakon Babak Mesra, Takut Kena Kecam

Bakal muncul menerusi filem sulungnya bertajuk Enjin No.9, penyanyi Tajul mengakui berdebar menunggu reaksi peminat mengenai lakonannya termasuklah babak mesra bersama Ayunie Harris yang melakonkan watak isterinya dalam filem itu.

Memetik laporan BH online, pemuda berusia 19 tahun itu risau dengan kritikan penonton meskipun baginya adegan tersebut tidaklah keterlaluan.

"Saya bimbang menanti reaksi peminat biarpun babak itu tidak keterlaluan... Hati tetap berdebar. Iya lah, takut kena kecam nanti.

"Sebagai pelakon baharu, ketika hendak melakonkan babak itu, ambil masa jugalah sebab saya tak biasa... Rasa segan pun ada.

"Tapi saya ambil pendekatan cipta keserasian dulu supaya lakonan jadi lebih mudah," katanya penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam-Dalam Rindu ini.

Menimba pengalaman baru dalam dunia lakonan, adik kepada Allahyarham Acik Spin ini berkata biarpun terpaksa menunggu lama di lokasi, namun ia bukan penghalang baginya meneruskan kerjaya tersebut.

Selain Tajul, filem genre komedi ringan ini membariskan pelakon pengalaman seperti Kazar, Datin Fadilah Mansor, Sharifah Shahira, Abon, Dottie, Qazim Nor dan Hafiz Baharl.

Filem Enjin No 9 arahan pengarah kontroversi Raja Azmi akan mula ditayangkan di seluruh negara, Khamis ini.

Tajul Akui Segan Berlakon Babak Mesra, Takut Kena Kecam Tajul Akui Segan Berlakon Babak Mesra, Takut Kena Kecam Reviewed by Kakigosip on 21:11:00 Rating: 5
Powered by Blogger.