Syahrini Jadi 'Bahan' Media Jerman Gara-gara Isu Monumen Holocaust

Kontroversi yang dicetuskan penyanyi Syahrini ketika berkunjung ke Monumen Holocaust di Berlin baru-baru ini bukan hanya mengundang amarah masyarakat Indonesia malah media di negara Jerman.

Sebuah media dikenali sebagai Morgenpost.de mengulas mengenai isu tersebut menerusi satu artikel ringkas. Media berkenaan menyebut betapa kecohnya masyarakat Indonesia, terutama menerusi dunia maya ketika Syahrini mengungkapkan sesuatu yang kurang wajar ketika berada di monumen tersebut.

Mereka memaparkan semula satu tweet dari pengguna Twitter yang mengatakan Syahrini kurang menghargai sejarah Jerman.

Selain itu, media tempatan Berlin ini juga mula 'menyingkap' tentang kehidupan Syahrini yang dikenal sebagai penyanyi dan juga model.

Dalam artikel berkenaan, pelantun lagu Sesuatu sesuatu ini digambarkan sebagai selebriti yang suka menujuk-nunjuk kehidupan mewahnya menerusi Instagram.

"Syahrini terkenal di Indonesia yang mana negaranya merupakan majoriti Islam. Bukan hanya kerana lagunya, namun juga kerana gaya hidupnya yang gemerlap. Menjadi rutinnya memuat naik foto yang menunjukkan ia berada tempat yang indah dan mengenakan pakaian-pakaian mewah," tulis artikel tersebut.

..

Secara keseluruhan, media tersebut memberikan informasi tentang kontroversi yang dicetuskan Syahrini gara-gara bergamar serta ucapannya yang dianggap tidak sensitif ketika melawat memorial Holocaust yang dikenal sebagai tempat bersejarah bagi masyarakat Eropah. Tempat tersebut dikenal sebagai tempat persemadian kaum Yahudi oleh Nazi ketika zaman kepemimpinan Hitler.

Menurut norma yang berlaku di Jerman, pengunjung tidak dibenarkan bergambar di memorial itu kerana tempat tersebut didirikan untuk menghormati mangsa-mangsa tentera Nazi.

Menerusi sebuah video di IG Story, Syahrini berkata, "Bagus yah, di tempat Hitler bunuh-bunuhan dulu.”

Bagi masyarakat Jerman, bercakap tentang Hitler adalah satu perkara yang sangat sensitif. Malah masyarakat setempat sendiri selalu mengelak daripada memperkatakan tentang topik itu kerana apa yang dilakukan oleh Hitler pada masa Perang Dunia II adalah sebuah kelakuan yang keji dan menjadi sejarah hitam di Jerman.

Syahrini Jadi 'Bahan' Media Jerman Gara-gara Isu Monumen Holocaust Syahrini Jadi 'Bahan' Media Jerman Gara-gara Isu Monumen Holocaust Reviewed by Kakigosip on 04:43:00 Rating: 5
Powered by Blogger.