Suho (EXO) Dikritik, Dianggap Diskriminasi Terhadap Pesakit Mental

Hasrat anggota kumpualn EXO, Sehun dan Suho mahu menyapa dan berkomunikasi dengan peminat mereka menerusi aplikasi live di Instagram baru-baru bertukar menjadi tegang sekaligus mencetus kontroversi.

Sebaliknya, kedua idola pujaan ramai ini dikritik gara-gara Suho mengungkap satu ayat yang dianggap mendiskriminasi pasien gangguan jiwa lantas pelbagai reaksi dan banyak kritikan dilemparkan netizen.

Kejadian bermula apabila Sehun dan Suho cuba mencuri perhatian pengikut mereka dengan bermai aplikasi filter yang ada di Instagram. Sehun meminta Suho menujukkan ekspresi lucu menerusi filter tersebut.

Sambil bergurau, Suho kemudian mengatakan dia akan kelihatan aneh jika menggunakan filter tersebut.

"Ini pelik, orang akan ingat yang saya pesakit mental," kata Suho.

Kata-kata Suho menimbulkan kemarahan dan dianggap mempersendakan pesakit yang menghidap gangguan mental. Rata-rata mengesa Suho membuat permohonan maaf.

..

"Kenapa kamu berkata seperti itu dan mengaitkn pesakit gangguan jiwa? Saya peminat tapi saya rasa ini hal yang serius," komen seorang netizen.

"Komentar ini jelas diskriminasi terhadap pesakit gangguan jiwa. Tolong fikirkan dulu sebelum bercakap," tambah yang lain.

Namun ada juga peminat yang membela penyanyi kesayangan mereka ini dengan mengatakan Suho tidak mempunyai maksud untuk mempersendakan golongan tersebut.

"Saya tahu ia salah, tapi saya rasa dia tidak bermaksud mahu bersikap diskriminasi terhadap pesakit menta," kata peminat

"Saya percaya Suho bukan orang yang seperti itu, meskipun dia memang salah," komen seorang lagi.

"Saya agak terkejut mendengarnya, tapi apakah kamu semua akan terus menerus mengkritiknya? Saya yakin Suho saat ini sedang menyesal dan tahu dirinya salah," kata seorang lagi.

Untuk pengetahuan, kebanyakan peminat di Korea memng agak sensitif dan lantang menegur dan mengkritik penyanyi pujaan mereka walaupun ada ketikanya idola yang merek tidak bermaksud apa-apa mahupun hanya melakukan kesalahan kecil.

Terdahulu, beberapa ahli Wanna One pernah dikecam gara-gara kata-kata yang diucap dianggap kurang sopan ketika mereka saling berbual di belakang pentas.

Apa yang menimbulkan kemarahan netizen kerana perbualan Wanna One itu disiarkan secara langsung menerusi TV kebangsaan. Namun Wanna One dan label mereka telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf atas tingkah laku yang dianggap tidak wajar itu.

Suho (EXO) Dikritik, Dianggap Diskriminasi Terhadap Pesakit Mental Suho (EXO) Dikritik, Dianggap Diskriminasi Terhadap Pesakit Mental Reviewed by Kakigosip on 21:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.