Sufian Suhaimi ucap happy birthday buat Elfira?

BIARPUN hubungannya dengan pelakon Elfira Loy telah berakhir apabila tali pertunangan mereka putus bulan lalu, Sufian Suhaimi dilihat menjadi antara yang terawal mengucapkan selamat hari jadi kepada bekas tunangnya itu.

Elfira menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-24 pada hari ini, 8 Mac.

Sufian dilihat memberi ucapan tersebut di laman twitternya pada jam 12.07 tengah malam dengan menulis, 'Happy Birthday’.


Meski ringkas dan tidak dinyatakan kepada siapa ucapan itu ditujukan, namun rata-rata pengikutnya dapat mengagak siapakah orang yang dimaksudkan.

Ucapan tersebut telah mencuri perhatian ramai apabila ramai yang retweet kembali ucapan itu selain meninggalkan komen menerusi kata-kata positif sebagai tanda sokongan buat Sufian.

Pada ulang tahun kelahiran Elfira sebelum ini, Sufian pernah menarik perhatian para peminatnya apabila menghadiahkan pelakon itu dengan 23 kuntum ros merah sebagai simbolik sambutan hari jadinya yang ke-23.
Sufian Suhaimi ucap happy birthday buat Elfira? Sufian Suhaimi ucap happy birthday buat Elfira? Reviewed by Kakigosip on 22:17:00 Rating: 5
Powered by Blogger.