Stail santai bersama pengacara berbeza

PROGRAM bual bicara terbaru berjudul Borak Kopitiam bakal ditayangkan di TV3, esok bakal mengenengahkan konsep santai mensasarkan penonton golongan muda.

Menurut Penerbit Borak Kopitiam, Syarida Sharif, mereka ingin keluar daripada elemen program sedia ada seperti Malaysia Hari Ini dan Nasi Lemak Kopi O yang menamatkan siarannya, Ahad lalu.

"Kami tidak mahu Borak Kopitiam kelihatan sama seperti program bual bicara sebelum ini. Kami mahu tampil segar dalam menyalurkan maklumat semasa.

“Di samping itu, kami turut menyelitkan beberapa segmen seperti Kelas Bahasa, Dapur Kalut, #kitajuara dan 1,2,3 Steady!.

Selain itu, bual bicara itu juga akan menjemput selebriti tanah air bagi berkongsi cerita,” katanya.

Program akan dikemudikan lapan orang hos iaitu Dayah Bakar, Hefny Sahad, Sarah Adiba, Fiona Cheong, Zack Merican, Haziq Hussni Hot Fm, Muaz Kool Fm dan Fify Azmi.

Menurut Syarida, dia yakin pengalaman lapan pengacara itu mampu membantu program itu berjalan dengan baik.

“Mereka mempunyai latar belakang pengacaraan yang berbeza. Walaupun belum cukup terkenal tetapi saya yakin mereka mampu mengendalikan Borak Kopitiam dengan selesa.

“Tambahan pula kita kekurangan pelapis dalam bidang pengacaraan. Kami mahu menjenamakan mereka menerusi program ini,” katanya.

Borak Kopitiam bersiaran secara langsung 9 Mac (esok) bermula 7 pagi hingga 9 pagi, setiap Jumaat hingga Ahad.
Stail santai bersama pengacara berbeza Stail santai bersama pengacara berbeza Reviewed by Kakigosip on 05:36:00 Rating: 5
Powered by Blogger.