Stacy Mampu Turun Berat Badan 20 KG, Wanita Bersalin Harus Ambil Contoh

PENYANYI Stacy berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram setelah melahirkan cahaya mata perempuan tahun lalu.

Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 27, berkata, dalam proses tersebut, dia mengunjungi gimnasium bagi mendapatkan berat badan ideal dan mengembalikan semula stamina.

"Semasa mengandung berat saya 70 kilogram, selepas setahun melahirkan anak, berat turun 50 kilogram. Saya mengaku pergi ke gim dan bersenam untuk turunkan berat badan.


"Selain itu, saya rasa punca berat badan turun ialah kerana saya mengamalkan pantang yang sebenar selepas bersalin. Cara orang sini berpantang agak tegas dan ia sangat membantu proses tersebut.

"Sebenarnya, saya bersenam bukan untuk kurus semata-mata, tapi untuk dapatkan stamina supaya mudah nak buat persembahan nyanyian," katanya.

Penyanyi lagu Cakap Ke Tangan ini ditemui semasa sidang media Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Negeri Sabah di Philea Mines Beach Resort City, Seri Kembangan, Selangor pada Khamis.

Sementara itu, Stacy berkata dia tidak mengamalkan sebarang diet sepanjang proses menurunkan berat badan tersebut.

"Ada orang nak kurus tak makan nasi, kalau saya tak bolehlah. Saya makan sahaja, tiada pantang yang penting bersenam jangan lupa.

"Sejujurnya sekarang ini saya lebih bertenaga dan stamina lebih baik berbanding sebelum mengandung," ujarnya.

.

Stacy berkahwin dengan penyanyi Akim Ahmad pada 5 Februari 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 17 Februari tahun lalu.



Stacy Mampu Turun Berat Badan 20 KG, Wanita Bersalin Harus Ambil Contoh Stacy Mampu Turun Berat Badan 20 KG, Wanita Bersalin Harus Ambil Contoh  Reviewed by Kakigosip on 22:30:00 Rating: 5
Powered by Blogger.