Siti Nurhaliza lancar aplikasi sendiri

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis tempatan pertama melancarkan aplikasi sendiri.

Diberi nama, Siti Nurhaliza Official App, katanya, aplikasi itu akan menggabungkan semua platform media sosial rasminya.

"Assalamualaikum semua. Hari ini saya melancarkan Siti Nurhaliza Official App bagi menggabungkan semua platform rasmi media sosial saya dan juga gambar-gambar serta video-video eksklusif saya di dalam satu aplikasi sahaja.

"Dalam tempoh 24 jam bermula sekarang, ada exclusive content untuk anda di aplikasi saya ini," umumnya di Instagram (IG).

Menurut selebriti berusia 39 tahun ini, aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Apple App Store.

"Anda akan mendapat 3000 Stars percuma untuk purchase exclusive content.

"Sebagai peringatan, bahan-bahan yang terdapat di dalam aplikasi ini mempunyai watermark logo Selklik dan juga alamat emel pengguna (anda).

"Jika ada di antara anda yang berkongsi content dari Siti Nurhaliza Official App, pihak Selklik akan mengambil tindakan terhadap anda dan ini menyalahi peraturan yang ditetapkan," kongsinya lagi.

Tambahnya, semua kandungan eksklusif itu akan menjadi simpanan peribadinya.

"Jika anda download aplikasi ini, exclusive content saya menjadi exclusive content simpanan anda juga.

"Boleh baca lanjut tentang aplikasi ini setelah anda download nanti.

"Apa tunggu lagi, download sekarang ya. Terima kasih," tulisnya beserta #selklikmy, #sitinurhalizaofficialapp, #SNOA dan #CTapp.
Siti Nurhaliza lancar aplikasi sendiri Siti Nurhaliza lancar aplikasi sendiri Reviewed by Kakigosip on 05:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.