Siti Nurhaliza dapat hadiah cincin berlian

SEBAGAI tanda penghargaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menghadiahkan sebentuk cincin berlian buat suri hatinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Lebih istimewa, katanya, cincin berlian itu dibeli bagi pihak puterinya, Siti Aafiyah.

"Sebenarnya, cincin itu saya beli bagi pihak anak perempuan saya.


"Jadi, Siti Aafiyah yang hadiahkan cincin itu kepada ibunya.

"Ia juga sebagai tanda terima kasih saya kepadanya kerana melahirkan anak," katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah anak perempuannya.

Malah, tokoh korporat itu juga berharap agar Siti Aafiyah akan terus memberi hadiah pada ibunya setiap kali menyambut ulang tahun kelahirannya.

"Alhamdulillah, semoga ia menjadi kenangan sampai bila-bila.


"Saya juga akan berpesan pada anak saya supaya setiap hari kelahirannya, dia perlu membeli hadiah untuk ibunya.

"Itu akan menjadi satu tradisi kepada puteri saya dan itulah harapan saya. Ibunya tak perlu beri hadiah, dia saja yang beri hadiah," katanya.

Berbesar hati menerima hadiah tersebut, Siti Nurhaliza bagaimanapun tidak mengharapkan apa-apa pembalasan.

"Itulah macam-macam cara suami menghargai isterinya.

"Dan, saya tak sangka suami cakap ia hadiah daripada Siti Aafiyah.

"Alhamdulillah, saya tak minta apa-apa pun, saya cuma minta agar terus diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus mengharungi proses berpantang," katanya.

Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah secara pembedahan dengan berat 3.55 kilogram di sebuah hospital swasta, kira-kira jam 8.17 pagi pada 19 Mac lalu.

Siti Nurhaliza dapat hadiah cincin berlian Siti Nurhaliza dapat hadiah cincin berlian Reviewed by Kakigosip on 05:54:00 Rating: 5
Powered by Blogger.