Siti Aafiyah nama diberi...

SELEPAS tujuh hari kelahiran, pasangan selebriti terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa bersedia mengumumkan nama puteri sulung mereka.


Bayi perempuan itu dinamakan Siti Aafiyah yang bermaksud Segala-gala Maksud Yang Baik.


Kata Siti Nurhaliza, nama Aafiyah, ilham ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Kota Mekah, tahun lalu.

"Ia bermula sebelum saya hamil lagi dan mula mencari nama yang sesuai.

"Saya juga dapati nama itu sering menjadi sebutan di dalam doa yang menjadi amalan sehingga akhirnya menjadi pencetus kenapa saya memilih nama tersebut.

"Alhamdulillah ALLAH memberi nikmat pada saya. Saya bersyukur kerana ini adalah satu anugerah yang sangat terindah dalam hidup saya," katanya menerusi pengumuman yang dilakukan selepas majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah anak perempuannya, malam tadi.


Untuk tempoh seminggu, pasangan ini sepakat memilih nama Fatimah Az-Zahra sebagai gelaran sementara bayi mereka yang diambil sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

Bayi perempuan itu dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira jam 8.17 pagi pada 19 Mac lalu.

Pengumuman itu turut dilakukan secara langsung melalui saluran Siti Official Video di laman YouTube.


Dalam pada itu, majlis tahnik, cukur rambut dan aqiqah Siti Aafiyah disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Mohamad Al-Bakri.


Terdahulu, pelantun lagu Segala Perasaan ini menunaikan janjinya dengan peminat apabila mendedahkan wajah puterinya di laman Instagram (IG) dan Facebook (FB).
Siti Aafiyah nama diberi... Siti Aafiyah nama diberi... Reviewed by Kakigosip on 05:57:00 Rating: 5
Powered by Blogger.