Siti Aafiyah bayi paling popular ketika ini

MALAM tadi, penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah mengadakan majlis majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah sekali gus mengumumkan nama puteri mereka. 

Siti Aafiyah binti Khalid nama cukup indah yang diberi membawa maksud segala yang baik-baik.

Siti dalam temu bual berkata dia meletakkan harapan besar untuk melihat anak perempuannya membesar sebagai kanak-kanak biasa.


Bahkan, pelantun lagu Jaga Dia Untukku mengakui tidak mahu terlalu mendedahkan puterinya itu dalam dunia selebriti.

“Saya sedar dia sangat popular sekarang ini (ketawa). Tapi, saya tak boleh nak buat apa dah sebab dia dilahirkan sebagai anak penyanyi.

“Secara tak langsung, dia pasti terkena tempiasnya. Namun, saya dan suami juga impikan anak kami membesar seperti kanak-kanak biasa,” katanya.


Lantaran itu, Siti Nurhaliza mengakui belum terfikir untuk mewujudkan akaun IG, Siti Aafiyah.

Katanya, buat masa ini, wajah dan apa sahaja yang membabitkan anaknya akan dikongsikan di laman IG miliknya.

“Saya tahu dah banyak akaun IG palsu yang menggunakan pelbagai nama bagi mewakili anak saya.

“Tapi, untuk akaun IG rasmi, sebetulnya saya tak terfikir lagi. Lagi pula, saya ingin lihat dia membesar seperti orang biasa.

“Jadi, dalam perkara ini, saya harap peminat faham. Apa saja perkara yang saya umumkan barulah ia sahih. Kalau ada pun nanti, ia daripada saya sendiri,” katanya.


Malah, pelantun lagu Kesilapanku, Keegoanmu ini juga menyerahkan kepada keputusan  suaminya berhubung soal rezeki mahupun tawaran untuk anaknya, pada masa depan.

“Sekiranya dia ada rezeki dapat tawaran daripada mana-mana pihak, saya serahkan keputusan kepada suami.

“Tak kiralah, apa saja berkaitan anak memang saya dan suami kena berbincang dahulu. Kalau suami kata tak perlu, saya ikut,” akhirinya.
Siti Aafiyah bayi paling popular ketika ini Siti Aafiyah bayi paling popular ketika ini Reviewed by Kakigosip on 05:56:00 Rating: 5
Powered by Blogger.