Shane (Westlife) Dapat Idea Nama Album Daripada Tandatangan

Setelah lebih dua tahun selepas kali terakhir tampil dengan album keduanya bertajuk Right Here, penyanyi Shane Filan kembali dengan buah tangan terbaru, Love Always.

Anggota kumpulan Westlife ini menyifatkan album terbarunya itu sangat bermakna dan ada kisah menarik di sebalik penghasilannya.

Semua bermula ketika dia bersama Westlife melayani para peminatnya dengan memberikan tanda tangan.

"Ketika memberi tanda tangan kepada para peminat, saya suka menandakan ia dengan kata 'Love Always, Shane'.

"Jadi itu adalah memiliki hubungan yang baik untuk album cinta ini," katanya.

Setelah berjaya dengan taruhan dua album dan konsert jelajah sebelum ini, dia tetap menyelitkan nuansa cinta dalam setiap lagunya. Terutama untuk semua lagu dalam album 'Love Always'.

"Jadi kali ini penuh dengan lagu-lagu kegemaran dan lagu yang terkenal.
"Album ini merupakan album yang benar-benar ingin saya buat untuk lima tahun kebelakangan ini sejak saya memulakan karier solo," tambahnya.

Selain itu, Shane juga menambah beberapa lagu kegemarannya dalam album ini seperti lagu berjudul Heaven nyanyian Bryan Adams dan Eternal Flame karya The Bangles.
Shane (Westlife) Dapat Idea Nama Album Daripada Tandatangan Shane (Westlife) Dapat Idea Nama Album Daripada Tandatangan Reviewed by Kakigosip on 13:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.