Serina Dakwa Bekas Suami Pergunakan Islam Tipu Masyarakat

Pelakon dan pengacara Serina Redzuawan tampil sekali lagi mendedahkan perangai Gavin Edward O'Luanaigh atau Salahuddin Ghaffar.

Menerusi akaun Instagram miliknya, anak kepada chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail ini mendakwa bekas suaminya itu bertindak menipu masyarakat dan mempergunakan agama Islam.

"Gavin...bagus teruskan menipu masyarakat.. berpura pura mempergunakan agama Islam, betul Gavin yang berkeras nak cari ustazah, sebab I nak pilih dan cari dia tak benarkan.

"Ini semua dulu, now langsung I tak dibenarkan masuk campur hal pembelajaran agama. Itu yang membimbangkan I," kongsinya di Instagram seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Sebelum itu, Serina turut berkongsi keratan klip video temu bual Gavin bersama sebuah program TV hiburan popular di IG.

Dia juga mengakui mempunyai bukti kukuh mengenai kes tangkap khalwat Gavin.

"Kena tangkap khalwat? Tak mengaku...beri alasan tak masuk akal kononya tunang bantu jaga ketika operation. How about sebelum operation pun anak-anak dah mengadu pada I bawa perempuan tidur di rumah banyak kali.

"I ada bukti perbualan text I tegur perbuatan dia. Langsung tak di endahkan Gavin. Akhirnya lebih parah lagi bila terus bersekedudukan. Itulah punca ditangkap khalwat!! Jangan salahlan org lain dan mengelak.

"Its ok JAIS ada semua keterangan mereka ditangkap, maid pun jawab betul dah lama perempuan itu tidur di rumah itu. Takut maid bagi bukti kat court terus dia berhentikan kerja maid tu. Bijak dan hebat permainan you Gavin!," luahnya.

Katanya, tindakannya menceritakan perkara sebenar ini kerana tindakan bekas suaminya yang menghalang berjumpa dengan dua cahaya matanya.

"Satu lagi punca kenapa Serina dan Papa terus meluahkan hal sebenar, Gavin juga halang I bawa anak-anak jumpa datuk dia. Cuba putuskan kasih sayang datuk dan cucu-cucu itu kan kejam namanya!

"Bila dia minta nak bawak anak balik London jumpa mak bapa dia I never halang izinkan balik cuti bulan 12 lepas.

"Enough is enough Gavin. Kalau betul nak ikut cara Islam kenapa tak nak solat? Puasa? dan tinggalkan benda haram. You know what I mean. Biar mahkamah tentukan hak penjagaan anak-anak demi akidah mereka," tulisnya.

Pada masa sama, selebriti berusia 35 tahun ini juga mengakui sudah lama bersabar selain meminta agar bekas suaminya itu tidak lagi berterusan menipu demi memohon simpati masyarakat.

"Apa pun you takkan boleh tipu ALLAH SWT, nak tipu orang ramai minta simpati kononnya dibuli di social media. Siapa yang buli siapa now? You bully me lama dah I sabar. Kenapa kami tak boleh reveal kat media and fans? Nak biar terus dibuli penjajah!!," soalnya.

Serina dan Gavin mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 namun berpisah selepas tujuh tahun hidup bersama.

Menerusi perkahwinan yang dibina, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 8 dan Isabella Safiya, 6 tahun.

Difahamkan, hak jagaan kekal diberikan kepada Gavin secara persetujuan bersama Serina dengan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.
Serina Dakwa Bekas Suami Pergunakan Islam Tipu Masyarakat Serina Dakwa Bekas Suami Pergunakan Islam Tipu Masyarakat Reviewed by Kakigosip on 21:12:00 Rating: 5
Powered by Blogger.