Selebriti Popular Sanggup Berlumpur, Berpanas Jayakan Program #Negaraku

Sejak kebelakangan ini, ramai artis tanah air melibatkan diri sekaligus menjayakan kempen program sukarelawan Negaraku dengan dengan aktivti amal juga gotong royong di lokasi terpilih seluruh tanah air.

Antaranya, pelawak Abam (Bocey), pelakon Siti Saleha, penyanyi Fara Hezel dan Isa (Raja Lawak) yang telah menyertai aktiviti gotong-royong bersama pelajar Kolej Komuniti Hulu Selangor selain penduduk setempat.

Terbaru, beberapa orang lagi artis seperti Marsha Milan, Atu (Zero), Aishah Aziz menyertai aktiviti gotong royong di sebuah lokasi di iaitu di kampung Tinangol Matunggong.

..

Mereka bersama-sama semua sukarelawan daripada Kolej Kota Marudu, aggota tentera kem Kota Kinabalu dan penduduk kampung membaik pulih dewan kampung yang kerap digunakan penduduk kampung untuk pelbagai jenis aktiviti seperti majlis kahwin, mesyuarat dan majlis keramaian. Selain itu, Mural #Negaraku turut dilukis di dinding dewan. Tak dilupakan juga, astaka yang usang turut dibaikpulih dan di cat.

Meskipun sibuk dengan aktiviti seni masing-masing namun mereka tidak lupa menghulur bantuan dn keringat bagi meringankan beban masyarakat. Sambil bergotong royong dapat juga mereka bertemu dengan peminat.

..

Malah program seumpama ini dapat memupuk sikap ringan tulang dalam kalangan anak muda dan dapat melakukan riadah sihat bersama rakan-rakan.
Selebriti Popular Sanggup Berlumpur, Berpanas Jayakan Program #Negaraku Selebriti Popular Sanggup Berlumpur, Berpanas Jayakan Program #Negaraku Reviewed by Kakigosip on 21:07:00 Rating: 5
Powered by Blogger.