Sebab Nyanyian Sumbanglah Orang Kenal Neera Azizi

Biarpun dikritik memiliki suara sumbang, namun Neera Azizi tidak terkesan dengan isu berkenaan. Sebaliknya dia terus bersikap positif kerana baginya kecaman yang dilemparkan itu sedikit sebanyak turut menaikkan nama dan lagunya.

"Sebelum ini, mungkin ramai kurang mengenali saya, tetapi selepas kontroversi itu, mereka dapat tahu saya pelakon drama.

"Malah, jumlah penonton klip video Rasa Hati di YouTube juga didapati meningkat,” katanya seperti yang dilapor Harian Metro.

Baru-baru ini, nama Neera Azizi tiba-tiba menjadi perhatian selepas klip video persembahannya menyanyikan single sulungnya berjudul Rasa Hati, di program Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 tular. Dia menerima kecaman teruk daripada netizen gara-gara nyanyiannya dikatakan sumbang.



Pun begitu, Neera yang pernah membintangi drama Miss Kapten Cikgu Waiz berkata, dia bukan sengaja menyanyi sumbang untuk mencari publisiti.

“Tiada sebab saya perlu melakukan perkara seperti itu. Saya pernah menyanyi secara langsung sebelum ini dan isu terbabit tidak timbul.

“Kalau betul suara saya teruk, pihak pengurusan pasti tidak membenarkan saya mengeluarkan lagu,” katanya.

Kejadian itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat Neera untuk terus bergelar penyanyi dan membuat persembahan secara langsung pada masa akan datang.

Mengenai perkembagan kerjaya lakonan, Neera baru selesai penggambaran filem Musyrik dan telefilem TV3, Doa Ku Mohon.

Dia kini sibuk dengan penggambaran drama Andainya Takdir 2 dan akan datang, drama 24 episod berjudul Nafas.
Sebab Nyanyian Sumbanglah Orang Kenal Neera Azizi Sebab Nyanyian Sumbanglah Orang Kenal Neera Azizi Reviewed by Kakigosip on 13:20:00 Rating: 5
Powered by Blogger.