'Saya nak jumpa Wan Mariam'

“Sudah lebih 30 tahun saya mencari adik ipar saya, namun sehingga kini masih tidak ditemui,” kata Muhammad Nasir Mustapa, 59.

Muhammad Nasir berkata, adik iparnya, Wan Mariam Wan Abdul Rahman walaupun tidak mempunyai pertalian darah dengannya, dia tetap mahu mengumpulkan ahli keluarganya memandangkan ia merupakan permintaan Allahyarham isterinya.

“Saya setakat ini dah puas cari dia. Pernah ceritanya masuk dalam akhbar tempatan sebelum ini tapi sampai sekarang masih belum berhasil.


“Puas sudah saya berusaha mendapatkan maklumat mengenainya, namun saya tidak pernah putus harap untuk terus mencarinya,” katanya.

Tambahnya, dia percaya adik iparnya kini masih berada di Kelantan dan melalui maklumat terakhir Wan Mariam ada di Kota Bharu.

“Jika ada yang mengenali Wan Mariam bolehlah hubungi saya terus. Dia dibesarkan oleh ibu yang berlainan dan merupakan adik beradik tiri arwah isteri.

“Wan Mariam merupakan anak tunggal. Walaupun mempunyai hubungan keluarga dengan isteri, namun mereka bukan adik beradik kandung," katanya.

Muhammad Nasir berkata, jika ada yang terlihat atau mengenali adik iparnya itu boleh menghubunginya di talian 013-9791789.

“Saya mengharapkan usaha kali ini berhasil dan akan menemukan kami semula," katanya penuh harapan.
'Saya nak jumpa Wan Mariam' 'Saya nak jumpa Wan Mariam' Reviewed by Kakigosip on 06:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.