Sampai Kiamat Pun PU Azman Tak Akan Tukar Cara Menjawab

Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias, menegaskan beliau tidak akan menukar caranya menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan netizen berkaitan hal keagamaan.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, PU Azman berkata, walaupun jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau berbaur sindiran dan berbunyi agak kasar namun beliau tetap menjawab dengan fakta yang tepat.

..

"Walaupun aku kelihatan "menganjing" dalam menjawab soalan, tapi aku tetap menjawab dengan fakta di ruangan caption," tulisnya.

Sejak kebelakangan ini PU Azman ada memuat naik beberapa sesi soal jawab bersama dengan pengikutnya di Instagram. Lebih mencuri perhatian kerana caranya memberikan jawapan mengundang gelak tawa individu yang bertanya itu sendiri, dan juga para pengikutnya yang lain.

Berdasarkan pemerhatian Malaysian Digest, memang respon awal PU Azman terhadap soalan yang diajukan berunsur jenaka dan menghiburkan. Namun beliau akan tetap menjelaskan setiap kemusykilan tersebut dengan fakta kukuh dan disertakan dengan hadis sebagai rujukan di ruangan kapsyen pada akaunnya.

..

..

..

Rasanya tidak keterlaluan dan tidak timbul isu mengenai pendekatan yang digunakan PU Azman ini. Barangkali ia salah satu cara dakwah beliau bagi menarik perhatian, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda agar tidak malu untuk bertanyakan mengenai apa jua persoalan mereka terutama berkaitan hal keagamaan.

Malah kebanyakan pengikutnya bersetuju dan suka dengan cara PU Azman menjawab pertanyaan masyarakat kerana info pengetahuan yang disampaikan mudah difahami dan jelas sungguhpun ia dalam bentuk gurauan. Selain itu, ia juga dapat menarik minat umum untuk lebih mempelajari mengenai hal agama Islam.

Iyalah, kalau terlalu serius sangat nanti susah pula hendak hadam, kan? Kalau ada unsur lawak sikit tu, sekurang-kurangnya mudah untuk kita jadikan ia sebagai peringatan serta pedoman.

Sampai Kiamat Pun PU Azman Tak Akan Tukar Cara Menjawab Sampai Kiamat Pun PU Azman Tak Akan Tukar Cara Menjawab Reviewed by Kakigosip on 13:26:00 Rating: 5
Powered by Blogger.