Sambutan luar biasa di JB

Lokasi pertama jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 di Paradigm Mall, Johor Bahru bulan lalu menyaksikan sambutan luar biasa daripada penduduk setempat.

Siri jelajah itu dimeriahkan lebih 3,000 pengunjung pada acara yang berlangsung pada 23 dan 24 Febuari lalu.

Tarikan utama acara itu adalah sesi uji bakat lakonan DFKL 2018 dihadiri seramai 150 peserta.

Sesi pembentangan idea pula menerima sebanyak 20 penyertaan.

Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9 Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, acara berkenaan menarik individu berfikiran kreatif untuk tampil mengete­ngahkan idea mereka.

“Alhamdulillah, kami turut menerima sambutan hangat untuk sesi uji bakat dan kongsi tip. Respons daripada penduduk Johor Bahru menunjukkan ramai berminat menceburi bidang seni,” katanya.

Siti Nurlisia berkata, peserta sesi uji bakat disaring panel berpengalaman Sheila Rusly dan Shahrulezad yang juga mengendalikan bengkel lakonan dan penulisan kreatif.


“Mereka turut berkongsi tip menjadi pelakon bagus dan berilmu kepada peserta.

“Selain itu, peserta turut diberi peluang bergandingan dengan artis jemputan pada sesi uji bakat,” katanya.

Turut memeriahkan lokasi pertama siri jelajah DFKL2018

adalah barisan artis Izzue Islam, Ashraf Muslim, Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Janna Nick, Bell Ngasri dan Aprena Manrose.

Duta DFKL tahun ini adalah Syazuwan Hassan dan Pauline Tan.

DFKL berjaya melahirkan bakat baru Raja Afiq, Syazuwan Hassan, Indah Emeerlda, Nafiz Muaz, Jaja Iliyes dan Riena Diana.

Maklumat lanjut DFKL 2018 boleh layari laman web rasmi www.dfkl.com.my.

Hangatkan lagi perbualan di laman media sosial dengan #MasaUntukDrama dan #DFKL2018.

Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 dan TV9.
Sambutan luar biasa di JB Sambutan luar biasa di JB Reviewed by Kakigosip on 05:44:00 Rating: 5
Powered by Blogger.