RM80,000 Tak Cukup, Bekas Suami Tuntut Britney Tambah Nafkah Anak

Bekas suami Britney Spears iaitu Kevin Federline dilaporkan meminta bintang popular itu menambah nafkah dua anak mereka yang bawah jagaannya.

TMZ melaporkan sejak bercerai pada 2007, Britney memberi AS$20,000 (RM80,000) kepada Kevin setiap bulan bagi menguruskan keperluan anak-anak mereka namun lelaki itu kini mendakwa wang diberikan itu tidak mencukupi.

Bapa Britney, Jamie Spears berang dengan tuntutan yang dibuat oleh Kevin dan mempersoalkan sama ada wang yang diberikan oleh anaknya digunakan untuk kebajikan cucunya atau pun tidak?

Kevin turut mengupah peguam untuk membuat tuntutan itu dan memberi alasan peningkatan usia dua anak-anaknya, Sean, 12, dan Jayden, 11, sebagai alasan kepada tuntutannya itu.

Bekas penari itu memberitahu dia ingin mengekalkan gaya hidup mewah yang diberikan oleh Britney apabila mereka bersamanya.

Untuk tujuan itu, dia memerlukan lebih banyak wang agar kehidupan Sean dan Jayden setaraf apabila mereka dibawah jagaannya.

Bagaimanapun Jamie yang juga penasihat kewangan Britney menegaskan cucunya itu tidak memerlukan kemewahan dan meminta Kevin menyenaraikan keperluan yang diperlukan oleh kanak-kanak tersebut.

Sebelum ini, Britney pernah membayar Kevin sebanyak AS$1.3 juta (RM5.2 juta) sebagai wang saraan diri selama beberapa tahun.



RM80,000 Tak Cukup, Bekas Suami Tuntut Britney Tambah Nafkah Anak RM80,000 Tak Cukup, Bekas Suami Tuntut Britney Tambah Nafkah Anak Reviewed by Kakigosip on 21:08:00 Rating: 5
Powered by Blogger.