Putera Raja Ini Disebut-Sebut Bakal Gegar Industri Peragaan

Selepas Arthur Chatto (keturunan Queen Elizaberth), mencuri perhatian dunia menerusi gambar swafoto dia tidak berbaju sekitar tahun lalu, terbaharu, seorang lagi pemuda berdarah diraja menjadi tumpuan pengguna media sosial Instagram seglobal sejak kebelakangan ini.

Anak raja yang dimaksudkan ialah putera Raja Denmark iaitu Prince Nikolai yang baru berusia 18 tahun. Beliau merupakan anak lelaki pertama hasil perkahwinan Putera Joachim dengan siteri pertama, Alexandra, Countess of Frederiksborg.

Memiliki wajah yang tampan dan berambut kerinting, Nikolai disebut-sebut sebagai bintang model yang akan menyerlah dan menggegarkan pentas peragaan dn industri fesyen antarabangsa.

Dia baru saja menandatangani kontrak sebagai model dengan Scoop Models, sebuah agensi model di Denmark.

Sebagai memperkenalkan Nikolai secara rasmi, agensi berkenaan memuat naik sekeping foto Nikolai bergaya dengan baju panas berwarna kelabu dipadankan dengan seluar jeans dan dia memberikan reaksi wajah tenang. Gamabr itu mejadi bualan hangga pengguna media sosial.

..

Sementara itu, Nikolai sebenarnya sudah pun membuat penampilan sulung di pentas runaway Burberry di Minggu Fashion di London (London Fashion Week) beberapa minggu yang lalu.

Dalam acara tersebut dia diberi tugas pertamanya menggayakan dua kolekasi rekaan terbaru Burberry.

“Saya boleh jamin yang dia akan bersama kita. Saya sudah pun menempahnya untuk pertunjukkan Burberry Minggu Fashion di London," kata wakil Scoop Models.

Nikolai membuat penampilan di pentas runaway beberapa hari selepas datuknya Prince Henrik, mangkat.

..

Sementara itu, Scoop Models merupakan agensi yang telah beroperasi sejak tahun 1993 dan merupakan salah satu agensi peragaan paling diiktiraf di seluruh dunia, mewakili spektrum model editorial, fesyen yang tinggi dan komersial yang kuat dan memperkenalkan bakat baru dalam sekelip mata

Lantaran Nikolai dikatakan beruntung kerana dia kini sebumbung dengan supermodel terkenal seperti Kendall Jenner, Gigi dan Bella Hadid, dan Gabriel Day-Lewis.

Putera Raja Ini Disebut-Sebut Bakal Gegar Industri Peragaan Putera Raja Ini Disebut-Sebut Bakal Gegar Industri Peragaan Reviewed by Kakigosip on 09:58:00 Rating: 5
Powered by Blogger.