Piala Oscar Aktres Terbaik dicuri

SEORANG lelaki ditahan kerana disyaki mencuri Piala Oscar milik pemenang Aktres Terbaik, Frances McDormand, di Dolby Theatre, Los Angeles, California, Ahad lalu.

Polis Los Angeles (LAPD) mengesahkan Terry Bryant ditahan selepas piala berkenaan didapati hilang dari Governor's Ball, lapor BBC News.

Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan kerana mencuri dan diikat jamin AS$20,000 (RM78,000).

Patung Oscar dicuri terukir nama McDormand itu bagaimanapun sudah dipulangkan kepada aktres terbabit.

Wakil McDormand memberitahu: "Fran dan Oscar kembali bersatu dan sedang menikmati hidangan burger bersama.

LAPD berkata, Bryant merupakan pemegang tiket sah majlis makan malam rasmi Oscar di Governor's Ball.

McDormand merayakan kemenangannya atas penghargaan sebagai Aktres Terbaik menerusi peranannya dalam Three Billboards Outside Ebbing.

Ini merupakan Piala Oscar keduanya selepas memenanginya menerusi filem Fargo, 21 tahun lalu.
Piala Oscar Aktres Terbaik dicuri Piala Oscar Aktres Terbaik dicuri Reviewed by Kakigosip on 06:21:00 Rating: 5
Powered by Blogger.