'Penulis blog jatuhkan reputasi saya'

PELAKON dan pelawak, Mohd Shah Rizal Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Shah Tapaw kecewa dengan tindakan penulis blog di Facebook yang mengaitkan namanya dalam satu kes dadah.

Walaupun pemilik blog tersebut sudah mengeluarkan kenyataan memohon maaf terbuka namun dirinya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana artikel tersebut sedikit sebanyak telah menggangu perjalanan kerjayanya.

“Artikel tersebut mencalarkan imej saya yang bersih dan kalau ikutkan perkembangan sekarang ini, pemilik blog itu telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf.



“Itu bagi pihak diorang tetapi bagi kami dan pihak pengurusan sedang berbincang mungkin ada tindakan yang akan diambil tapi tak pasti lagi. Dan kami belum berjumpa lagi dengan owner blog itu. Hanya melalui WhatsApp saja. Mungkin dalam minggu depan saya akan berjumpa dengan mereka,” katanya.

Baru-baru ini, sebuah blog menyiarkan gambar artis itu bersama seorang rakannya dan mendakwa Shah ditahan kerana dadah.

Shah turut dikaitkan dengan kes pelakon dan pelawak tempatan yang ditahan selepas polis menemui ganja di kediamannya, baru-baru ini.

Gambar itu kemudiannya tersebar di Facebook dan mendapat perhatian dan komen netizen.

Shah berkata, dia mengetahui berita tersebut pada Jumaat lalu melalui rakannya tetapi sedang sibuk mengacara siri jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di Johor Bahru

Lebih memburukkan lagi, katanya, tajuk berita berkenaan turut mengundang salah faham  pembaca.

“Saya dapati artikel di dalam, semuanya ok cuma headline tiba-tiba mengaitkan saya bahkan turut meletakkan gambar saya. Kebanyakan yang kongsi berita tersebut hanya dapat melalui screen shot sekali gus tak baca artikel penuh.

“Kalau siapa yang baca tajuk itu sahaja dan tidak membuka blog tersebut membaca artikel pasti mereka akan percaya yang sayalah ditangkap dan secara tak langsung, orang lain mengandaikan berita tersebut sebagai benar dan betul,” katanya.

Shah telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Damansara bagi membersihkan namanya dan supaya pemilik blog tersebut bertanggungjawab ke atas penulisannya.
'Penulis blog jatuhkan reputasi saya' 'Penulis blog jatuhkan reputasi saya' Reviewed by Kakigosip on 17:40:00 Rating: 5
Powered by Blogger.