Paris Hilton Panik Cincin Bernilai Lebih RM7 juta Hilang di Kelab Malam

Selebriti popular Paris Hilton panik apabila cincin pertunangannya yang bernilai USD2 juta (kira-kira RM7,809,000) hilang dari jari manisnya baru-baru ini.

Insiden tersebut berlaku ketika pewaris harta keluarga Hilton ini sedang asyik menari di sebuah kelab malam, RC Cola Plant, di Miami.

"Paris menari sambil mengangkat tangannya ke atas, dan beberapa minit kemudian cincin di jarinya jatuh.

"Saat itu dia terlihat sangat panik, apalagi kelab itu sangat penuh dan gelap. Sungguh keadaannya sangat gila," kata seorang saksi yang turut erada di kelab tersebut

Tunangnya pelakon dan model Chris Zylka yang berada di lokasi kejadian turut segera membantu kekasihnya mencari cincin berharga itu di seluruh kawasan tempat duduk VIP.

"Semua orang ikut mencari. Mereka merangkak di lantai dan di bawah meja," kaka seorang lagi saksi.

Tidak beberapa lama kemudian, cincin itu ditemui dalam bekas berisi ais, tidak jauh dari tempat Paris menari.

Sebaik saja melihat cincin itu, pelantun lagu hit Stars are Blind itu dikatakan menangis. Kata Paris, momen kelihangan cincin itu adalah kejadian yang paling menakutkan dalam hidupnya.

"Mujur atas keajaiban Tuhan, tunang saya menjumpai semula cincin saya sebelum orang lain yang menjempuinya. Saya sangat beruntung!" kata Paris Hilton.

Paris, 37, mengikat tali pertunangan Chris, 33, pada Disember tahun lalu ketika mereka bercuti dan bermain ski di Pergunungan Aspen, Colorado.

Pasangan itu bertemu pada kali pertama ketika di majlis anugerah Oscar kira-kira lapan tahun lalu namun selepas itu kedua-duanya tidak berhubung sehinggalah mereka kembali menjalin hubungan sejak dua tahun lalu.
Paris Hilton Panik Cincin Bernilai Lebih RM7 juta Hilang di Kelab Malam Paris Hilton Panik Cincin Bernilai Lebih RM7 juta Hilang di Kelab Malam Reviewed by Kakigosip on 04:43:00 Rating: 5
Powered by Blogger.