Nana Jaga Batas Ketika Bekerja Dengan Suami Orang

Berstatus ibu tunggal membuatkan penyanyi dan pelakon popular, Siti Nordiana atau Nana sentiasa beringat dan menjaga batas pergaulan terutama apabila bekerja dengan lelaki sudah berkeluarga.

Memetik laporan Harian Metro, Nana berkata dia pernah melalui pengalaman 'haknya diambil orang' justeru dia sangat memahami bahawa tidak semua wanita sanggup berkongsi kasih dan rela hidup bermadu.

"Sebagai wanita yang pernah melaluinya dulu, ia sesuatu yang menyakitkan. Jadi, saya ambil pendekatan berhati-hati dan tahu menjaga batas diri apabila bekerja dengan lelaki sudah berkeluarga.

"Memandangkan saya menceburi industri seni sebagai karier, memang tidak dapat elak daripada bekerjasama dengan lelaki sudah berkahwin.

"Apatah lagi, sekarang saya semakin aktif berlakon dan itu membuatkan penting untuk menjaga batasan pergaulan. Ditambah, status saya sebagai ibu tunggal," katanya.

Katanya, dia sentiasa berdoa semoga diberi perlindungan dan dijauhkan daripada menyakiti hati wanita lain.

"Untuk saya, apa yang boleh dielakkan itu maka berusahalah mengelakkannya. Jadi, saya sangat berhati-hati dan menjaga batasan diri ketika bekerja.

"Malah, sejak sekian lama menjadi ibu tunggal, saya hingga kini belum terfikir untuk jodoh baru. Saya selesa dengan kehidupan dijalani sekarang.

"Terus-terang, saya memang tak mahu suami orang. Jadi, saya sangat berhati-hati dan menjaga batas pergaulan dalam urusan kerja dilakukan," katanya.

Nana pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Allahyarham Faizal Yusup pada 2006 dan mereka sah bercerai sekitar 2009 selepas dikurniakan anak, Muhammad Rayyan Nakhaie, 11.

Pun begitu, Faizal yang kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama wanita lain dan dikurniakan seorang anak meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat sakit jantung.
Nana Jaga Batas Ketika Bekerja Dengan Suami Orang Nana Jaga Batas Ketika Bekerja Dengan Suami Orang Reviewed by Kakigosip on 04:45:00 Rating: 5
Powered by Blogger.