Nak Sangat Jadi InstaFamous Sampai Sanggup Berhutang

Seorang wanita dikenali sebagai Lissette Calveiro, 26 tahun, mendedahkan dia sebenarnya terpaksa menjalani hidup susah dan dikelilingi hutang demi mahu menjaga 'reputasinya' sebagai bintang Instagram.

Pada tahun 2013 dia yang berasal dari Miami berpindah ke New York bertujuan menjalani latihan berkaitan pengajiannya. Namun selepas menjalani hidup di kota metropolitan itu, dia merasakan hidupnya bak filem yang biasa ditonton dan jadi kenyataan.

Dia kerap merakamkan rutin harian dan aktiviti yang dilakukan dan dikongsi di akaun sosialnya. Lantaran dia menjadi semakin seronok dan mahu menjadi selebriti sosial media.

..

Sejak itu dia mula berbelanja banyak untuk membeli pakaian baru, menikmati percutian mewah dan makan di restoran mewah demi memikat pengikutnya. Tanpa disedari, dia mempunyai hutang kad kredit mencecah USD10,000 (kira-kira RM3,9010).

Sikapnya yang suka berbelanja dalam talian dan membeli barang-barang pereka terkenal membuatkan dia terjebak dengan hutang. Misalnya dia membeli beg tangan jenama Luis Vuitton yang berharga USD1,000, yang jelas di luar batas kemampuannya.

Ini kerana ealun pratikal yang diperolehi hanya cukup untuki menampung kos pengangkutan awam. Disebabkan itu dia terpaksa membuat kerja sambilan.

..

"Saya menjalani hidup penuh kebohongan, hutang saya terlampau banyak," Ujar Calveiro sseperti yang dilaporkan DailyMail.

Setahun kemudian dia pulang ke Miami dan melakukan dan bekerja sebagai pegawai promosi demi mengumpul wang melangsaikan hutang-hutangnya.

Walaupun begitu, sesekali dia akan mengemaskini Instagram dan memuat naik semula gambar-gambar yang sudah ada dalam simpanannya.

Pada hujung 2016 dia mendapatkan tawaran pekerjaan di Manhattan. Ketika itu berazam untuk tidak lagi terlalu mengikutkan kehendak hatinya dan belajar tidak boros.

"Saya sedar saya akan kembali ke New York dan saya harus menahan diri atau saya akan terjebak hutang lagi, tuturnya.

Dia tidak lagi menyewa apartement mewah sebaliknya mencari bilik sewa sederhana. Kali ini ia juga mulai memasak sendiri untuk mengawal perbelanjaannya. Dia hanya berbelanja 35 USD seminggu untuk membeli makanan.

Setelah empat belas bulan berlawan keinginannya, dia berjaya mengurangkan jumlah hutangnya.

"Tidak ada orang yang bercakap mengenai pendapatan di Instagram.

"Semua orang hanya peduli pada kemewahan. Seandainya saya punya kesempatan saya akan membelanjakan wang saya dengan lebih bijak."
Nak Sangat Jadi InstaFamous Sampai Sanggup Berhutang Nak Sangat Jadi InstaFamous Sampai Sanggup Berhutang Reviewed by Kakigosip on 13:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.