Nak rak kena hentam

PELAKON Zara Zya, 33, mengakui dia menerima kecaman hebat daripada netizen di laman Instagram (IG) miliknya dek kerana mewarnakan rambut.

Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin ditemui berkata dia mewarnakan rambutnya bukan untuk suka-suka tetapi sekadar menzahirkan imej watak dilakonkan.

"Saya pun sudah tulis di kapsyen gambar, rambut perang ini untuk watak Melissa dalam drama terbaru, Monalisa. Namun, tetap juga dikecam.

"Memang teruk saya dihentam netizen kerana warnakan rambut. Ketika itu mula-mula tak mahu juga ambil peduli tetapi lama-lama ia menguji kesabaran.

"Namun, inilah cabaran seorang pelakon. Saya akur cuma bahasa ditulis itu biar beradab. Saya pun manusia biasa," katanya.

Zara berkata dia juga sedar kebanyakan daripada netizen yang suka mengecam di laman sosial itu adalah remaja dan masih bersekolah.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Love You Mr Arrogant di TV3 ini memberitahu 2018, cabaran besar buatnya.

Sejak Januari lalu, Zara dilihat sering dikecam oleh netizen di laman sosial.

Bermula dengan isu K-Pop, diikuti pakaian terlalu ketat dan tindakan dia warnakan rambut juga dipersoalkan dan dikecam.

Sehubungan itu, Monalisa sebanyak 80 episod lakonan Zara diadaptasi daripada drama popular Korea pada 2013, Two Women's Room.

Selain Monalisa, Zara juga akan muncul dengan single solo pertama nyanyiannya berjudul Hilang tidak lama lagi.
Nak rak kena hentam Nak rak kena hentam Reviewed by Kakigosip on 05:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.