Naik Angin Gara-gara Disentuh Peminat

Penghibur terkenal Elton John dilaporkan mengamuk apabila salah seorang peminat yang dijemput naik ke pentas menyentuhnya ketika dia sedang membuat persembahan ketika bermain piano.

Sambil mengeluarkan kata-kata kesat, Elton memberi amaran kepada lelaki itu agar tidak menyentuhnya sebelum bertindak meninggalkan pentas.

Kejadian itu membuatkan beberapa peminat lain yang turut berada di pentas terkejut dengan sikap penyanyi legenda itu.

"Anda telah merosakkan malam ini! Kerana anda juga tiada lagi peminat akan dijemput naik ke pentas," katanya.

Elton mengadakan persembahan residensi di Las Vegas pada Khamis minggu lalu menurut laporan Mirror.

Akibat kejadian itu, semua peminat diminta kembali ke tempat duduk masing-masing manakala lelaki yang cuba menyentuhnya dihalau keluar daripada dewan.

Elton kemudiannya kembali ke pentas untuk meneruskan persembahan.
Naik Angin Gara-gara Disentuh Peminat Naik Angin Gara-gara Disentuh Peminat Reviewed by Kakigosip on 13:17:00 Rating: 5
Powered by Blogger.