Nabil bawa peminat tunai umrah

SIAPA sangka, dari seorang budak kampung yang ditemani motosikal cabuk dan bekerja sebagai 'mat despatch', kini dia menjadi antara selebriti yang cukup dikenali ramai.

Malah diam tak diam, sudah 10 tahun pelawak, pengacara dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 35, berkecimpung di dalam industri seni, membina nama dan kredibiliti tersendiri.

Reputasi cemerlangnya dalam mengukuhkan nama dan populariti telah membuatkan Nabil dipilih sebagai hos karpet merah Anugerah Akademi ke-89 atau Oscar di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun lalu.

Namun dalam menyelusuri gelombang populariti, Nabil tidak pernah lupa dengan peminat yang sentiasa mendoakannya. Atas dasar itu juga menggerakkan Nabil untuk 'berkongsi rezeki' dengan peminat sempena ulang tahun ke-10 sebagai selebriti.

"Alhamdulillah, sudah 10 tahun dalam industri, saya pernah berada di atas dan pernah jatuh. Semua pengalaman termasuk kontroversi yang pernah melanda banyak mengajar saya.



"Namun saya tidak mungkin berada pada tahap ini tanpa doa dan sokongan daripada peminat. Saya merasakan daripada saya memberikan duit atau hadiah, lebih baik saya membawa mereka mengerjakan umrah.

"Alhamdulillah saya berkenalan dengan seorang hamba Allah yang sudi menolong. Mungkin dia melihat sesuatu pada saya sehingga timbulnya idea untuk mengerjakan umrah bersama ini. Niat kami, hanya mahu membawa orang lain menunaikan umrah bersama kami," ujar Nabil ketika ditemui pada sidang media Sedekad 'My Story' Nabil Ahmad Dalam Industri, bertempat di hotel Sunway Putra, sebentar tadi.

Nabil berhasrat untuk mengerjakan ibadah umrah bersama peminat pada awal Ramadan nanti.

Tawaran dibuka hari ini dan nama peminat yang terpilih mengerjakan umrah bersama Nabil akan diumumkan pada Majlis Ulang Tahun ke-10 pada 24 Mac ini.

Program My Umrah Story Bersama Nabil akan dikendalikan syarikat pengurusan Urban Platinum Resources.

Mereka yang berminat bolehlah menghubungi talian hotline 019-3816252 @ layari facebook, myumrahstory dan instagram @myumrahstory.
Nabil bawa peminat tunai umrah Nabil bawa peminat tunai umrah Reviewed by Kakigosip on 22:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.