Mufti Wilayah Persekutuan ziarah Bob Lokman

MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri meluangkan masa melawat pelakon, pelawak, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman yang sedang uzur di kediamannya di Sungai Buloh, pagi tadi.

Zulkifli menerusi Instagramnya memberitahu walaupun dalam keadaan yang kurang sihat,  Bob tetap menggagahkan diri menyambut kedatangannya dan sempat berbual berkenaan keluarga ulama tersohor Kelantan, Tok Kenali.

"Dalam waktu yang amat terhad pagi ni, kami sempat mengunjungi saudara Bob Lokman yang mengalami keuzuran di rumahnya.



"Walaupun begitu, Bob tetap menggagahkan diri menyambut kami dan sempat berbincang berkenaan keluarga Tok Kenali, seorang ulama tersohor Kelantan," tulisnya.

Tambah Zulkifli, sebelum ini, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, pernah mengunjunginya di  Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) beberapa tahun lalu.

"Semoga Allah kurniakan kesihatan kepadanya. Mohon maaf kerana kehadiran agak mengejut dan tidak dapat berbual panjang kerana hambatan masa dan tugas," tambahnya.

Pada Isnin lalu, Bob Lokman, 54, menerusi Facebook miliknya berkongsi keadaan kesihatan terkini yang semakin menurun.


Mufti Wilayah Persekutuan ziarah Bob Lokman Mufti Wilayah Persekutuan ziarah Bob Lokman Reviewed by Kakigosip on 06:11:00 Rating: 5
Powered by Blogger.