Mina Kahwin Kekasihnya Yang 17 Tahun Lebih Muda

Ketika peminat masih terkejut dengan pendedahan hubungan cinta pasangan selebriti Park Shin Hye dan Choi Tae Joon, satu lagi khabar gembira datang dari dunia hiburan Korea.

Masih berkenaan kisah percintaan selebriti tetapi kali ini mengenai penyanyi senior dan seksi, Shim Mina, 45.

Nama bintang yang mula membina karier pada tahun 2002 ini tiba-tiba menjadi bualan netizen negaranya selepas membuat pengakuan dia kini menjalin hubungan dengan Ryu Philip yang juga merupakan anggota kumpulan So Real.

Rupa-rupanya hubungan pasangan ini sudah terjalin sejak tahun 2015. Apa yang lebih kecoh sekaligus menjadi bualan hangat ramai kerana usia Mina 17 tahun lebih tua daripada teman lelakinya itu.

Namun apa yang jelas, perbezaan usia yang cukup jauh itu tak menjadi penghalang buat pasangan ini. Tiga tahun menjalin asmara, kini mereka telah selangkah lebih serius dalam hubungan.



Menurut Allkpop, pasangan itu telah berkahwin secara rasmi dengan Ryu Philip dan mereka merancang mengadakan majlis resepsi dalam tahun ini.

Sekitar tahun lalu pasangan ini pernah berkongsi kisah cinta mereka sewaktu tampil bersama pada acara Video Star.

Kata Mina, ketika pertama kali bertemu Ryu Philip, dia menyangka lelaki itu adalah aktor berasal Taiwan kerana wajahnya yang tampan.

Manakala Ryu pula mengaku jatuh cinta pada pandangan pertama terhadap Mina ketika dikenalkan di sebuah acara oleh Taehyun (anggota kumpulan ZEA), yang juga merupakan rakan satu agensinya.

"Saya jatuh cinta pada pandangan pertama tetapi sangat susah untuk berbual dengannya. Selepas empat jam baru saya berjaya mendekatinya.
"Saya tahu saya akan menyesal kalau tidak mendekatinya," dedah Ryu.

Tambah penyanyi berusia 28 tahun itu lagi, dia memang tertarik pada wanita yang berpenampilan seksi dan menggoda serta beberapa ciri-ciri lain yang ada pada isterinya.

"Saya suka wanita yang sangat seksi dan memiliki tubuh mengoda. Saya juga suka wanita yang punya kulit seperti mutiara gelap, berwajah seperti anak patung dan suka berolahraga," tuturnya.
Mina Kahwin Kekasihnya Yang 17 Tahun Lebih Muda Mina Kahwin Kekasihnya Yang 17 Tahun Lebih Muda Reviewed by Kakigosip on 13:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.