Merasa pegang sebelum ditahan...

SEORANG lelaki ditahan kerana disyaki mencuri trofi Oscar Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Frances McDormand di Dolby Theatre, Los Angeles, California, semalam.

BBC memetik polis Los Angeles mengesahkan, Terry Bryant, 47, ditahan kerana mencuri dan diikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM78,000).

Patung Oscar dicuri terukir nama Frances itu sudah dipulangkan kepada aktres terbabit.

Wakil Frances memberitahu: “Fran dan Oscar kembali bersatu dan sedang menikmati hidangan burger bersama.”

Polis berkata, Bryant mendapat tiket makan malam rasmi pra-Oscar untuk majlis di Governors Ball.
Merasa pegang sebelum ditahan... Merasa pegang sebelum ditahan... Reviewed by Kakigosip on 20:34:00 Rating: 5
Powered by Blogger.