'Masih kawan Zul' : Zahirah

PELAKON jelita Zahirah Macwilson mendedahkan hubungan dengan aktor Zul Ariffin masih berjalan dengan baik.

Zahirah bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin mendakwa hubungan mereka sudah berakhir.

“€œApa yang boleh saya katakan, hubungan kami masih berjalan dengan baik. Kami tidak pernah bergaduh atau bermasam muka.

“€œCukup saya katakan, kami masih berkawan. Saya minta maaf kerana tidak dapat komen lebih lanjut,” €katanya.

Menurut Zahirah, dia berharap kisah peribadinya tidak terus jadi perhatian memandangkan banyak hati perlu dijaga.

“€œRasanya tidak manis untuk saya terus berkongsi mengenai hubungan yang terjalin.

“€œLagipun banyak hati yang perlu saya jaga. Saya tidak mahu mengecilkan hati sesiapa,” €katanya.

Terdahulu timbul khabar angin hubungan Zahirah dan Zul sudah berakhir selepas bapa Zahirah, Zainol Macwilson dikatakan tidak merestui hubungan mereka.
'Masih kawan Zul' : Zahirah 'Masih kawan Zul' : Zahirah Reviewed by Kakigosip on 05:38:00 Rating: 5
Powered by Blogger.