Madu Izreen Akui Bingung, Tak Tahu Apa Salah Sehingga Mahu Diceraikan

Sejak semalam peminat hiburan tempatan dikejutkan lagi dengan satu berita panas mengenai pemuzik bebas Ude yang juga merupakan suami kepada aktres Izreen Azminda, mengambil keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya iaitu Intan Liana Saleh.

Laporan BH online menyebut, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mengaku sudah tiada hati terhadap wanita itu.

Meskipun berasa sangat sedih, namun Intan, 33, reda dengan keputusan suaminya untuk menceraikan dia secara baik walaupun hakikatnya dia enggan perkara itu terjadi.

Memetik laporan mStar online, Intan bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai situasi rumah tangga mereka sekarang kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

“Segala-galanya terpulang kepada Ude. Saya akur dan reda dengan keputusan dan lafaz cerai daripada Ude nanti.

“Bersedia atau tidak, saya tetap kena terima keputusannya. Maaf, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut perkara ini,” jelas Intan.

Pasangan tersebut sepatutnya menjalani proses lafaz cerai pada Rabu (semalam) namun ia ditanggungkan pada 22 Mac depan selepas peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain memohon untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas perceraian.

Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017.

Dalam pada itu, Intan mengakui masih menyayangi suaminya itu dan binggung dengan tindakan Ude yang mahu menceraikannya.

"Saya masih sayangkan dia sehingga hari ini cuma saya tak tahu apa salah saya. Harap semua doa yang terbaik untuk kebahagian saya dan dia.

"Saya dan anak-anak tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude. Tapi hanya sesekali saya akan ke rumah kakak kerana saya tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana-mana,” ujarnya.

Sebelum ini, Intan pernah memberitahu sanggup menerima pelakon Izreen Azmindar sebagai madunya selepas mengetahui mereka sudah berkahwin dan reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.

Menurut Izreen, 33, pula, dia merahsiakan pernikahannya dengan Ude yang berlangsung pada 8 Ogos tahun lalu atas permintaan suaminya itu.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai 2014.

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu.

Manakala, Ude dan Intan Liana berkahwin pada 1 Mac 2013.
Madu Izreen Akui Bingung, Tak Tahu Apa Salah Sehingga Mahu Diceraikan Madu Izreen Akui Bingung, Tak Tahu Apa Salah Sehingga Mahu Diceraikan Reviewed by Kakigosip on 09:56:00 Rating: 5
Powered by Blogger.