Lebih puas...

PELAKON Nazim Othman, 34, lebih rela belanja duit sendiri membeli 'wardrobe' untuk dipakainya dalam setiap drama dibintangi.

Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman ketika ditemui berkata dia tidak terlalu berharap pada penajaan.

"Bukanlah saya cuba berlagak sombong dengan penaja pakaian, tetapi memang selesa membeli 'wardrobe' sendiri.

"Ia lebih menepati citarasa saya dan memberikan kepuasan. Lagi pun, buat apa saya nak berkira untuk karier sendiri.

"Karier seni adalah sumber periuk nasi saya dan keluarga. Jadi, janganlah berkira sangat untuk kerja.

"Apa yang dilaburkan untuk diri sendiri juga. Bahkan, pakaian dibeli itu pun untuk sendiri yang pakai. Bagi saya, tidak perlu berkira," katanya.

Terbaru, demi menzahirkan watak Johan untuk drama Monalisa lakonannya, Nazim sanggup ke luar negara untuk membeli sut tambahan.

"Saya sudah ada lebih 20 sut untuk dipakai dalam drama itu, tetapi bila difikirkan ia rasanya perlu ditambah.

"Jadi, saya buat keputusan ke Vietnam dan membeli sebanyak 11 sut tambahan yang baru. Dianggarkan saya berhabis puluhan ribu ringgit juga," katanya.

Menurut Nazim, penampilan imej adalah keutamaannya dan disebabkan itu dia tidak kisah harus guna duit sendiri.

Bukan sekadar pakaian, Nazim juga memberitahu gaya rambut dan mekap di muka, semuanya dibuat sendiri.

"Saya sudah terbiasa berdikari. Jadi, gaya rambut dan mekap pun buat sendiri. Lebih selesa," katanya.

Nazim yang sudah sedekad berlakon berkata setiap orang ada cara masing-masing dan usah membanding tetapi cukup sekadar menghormati.
Lebih puas... Lebih puas... Reviewed by Kakigosip on 05:30:00 Rating: 5
Powered by Blogger.