Lebih ayu Zizi bertudung

PENYANYI, Zizi Kirana, 33, menerima baik pelbagai komen positif daripada netizen berhubung gambarnya memakai tudung di Instagram.

"Terima kasih kepada yang memberikan komen positif. Itu bukanlah penampilan baru saya atau apa tetapi ia adalah apa yang saya pakai pada majlis perkahwinan adik saya baru-baru ini," katanya kepada Harian Metro.

Zizi sememangnya dikenali dengan imej 'berani mati' juga mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakan supaya dia akan bertudung serta menutup aurat selepas ini.

"Kepada yang mendoakan supaya saya menutup aurat, saya ucapkan terima kasih. Doakan yang baik-baik untuk saya ya," katanya.

Zizi yang pernah menganggotai kumpulan The Fabulous Cats (TFC) menegaskan, pujian netizen tidak bermakna dia harus mengikut apa mereka mahukan.

"Saya tak mahu kalau saya pakai tudung, kerana mengikut kehendak netizen dan bukan kerana saya sendiri yang ikhlas.

“Jadi, buat masa sekarang saya selesa dengan penampilan saya sebegini," katanya lagi.

Gambar dimuat naik Zizi itu menerima lebih 12,000 'like' dan hampir 100 komen daripada netizen.
Lebih ayu Zizi bertudung Lebih ayu Zizi bertudung Reviewed by Kakigosip on 20:21:00 Rating: 5
Powered by Blogger.