Komitmen Jennifer

Jennifer Lawrence mungkin antara pelakon yang menerima bayaran tinggi untuk setiap lakonannya, namun dia tetap melalui fasa sukar dalam kerjayanya.

Muncul dengan filem Red Sparrow, karya itu dijadikan sandaran untuk melangkah lebih jauh membina empayar karier sekali gus memberi perubahan besar dalam hidup pelakon jelita ini.

Jennifer, 27, adalah pelakon paling muda pernah dicalonkan empat kali dalam Academy Award dan memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Silver Linings Playbook pada 2012.

Transisi dari usia muda ke dewasa membuka lebih banyak peluang berlakon dan tawaran pelbagai watak.

Bercerita mengenai Red Sparrow, Jennifer berkata, itu kali pertama dia perlu melakonkan babak tanpa seurat benang.

Dia mengakui bimbang, namun berharap peminat dapat melihat perkara itu dari sudut seni.

“Saya pernah suarakan keengganan untuk berlakon tanpa pakaian, tetapi ada yang mengaitkan perkara itu dengan isu lalu ketika gambar saya berbogel tular di Internet.

“Bagaimanapun, berlakon dan gambar itu dua perkara berbeza. Gambar itu disebarkan tanpa izin dan si pelaku pun sudah dikenakan hukuman atas kesalahannya.

“Pengarah filem ini, Francis Lawrence memandang mata saya seolah-olah saya masih berpakaian. Ketika itu, barulah saya sedar semua yang berada di lokasi sangat profesional. Saya meneruskan lakonan tanpa rasa malu,” katanya.

Ramai yang menyenangi sikap Jennifer. Dia tidak pernah berpura-pura, malah selesa menunjukkan dirinya yang sebenarnya. Dia juga sangat komited untuk menjiwai sesuatu watak itu.

Sebelum ini, pelakon itu pernah mendedahkan dia tidak pernah menjalani diet ketat atau senaman demi sebuah lakonan.

Bagaimanapun, untuk Red Sparrow, Lawrence sanggup mengikuti kelas balet supaya dapat menjiwai watak yang dilakonkannya.

“Saya pernah tertanya-tanya bagaimana keadaan saya jika diminta menurunkan berat badan untuk semua filem kerana sebelum ini tidak pernah melakukannya.

“Namun, Red Sparrow membuatkan saya membuat kajian untuk watak berkenaan. Saya tidak boleh berpura-pura menjadi bekas penari balet kalau saya sendiri tidak merasai pengalaman itu,” katanya.

Dia mengambil kelas balet selama tiga bulan dengan jurulatih profesional. Ini juga adalah kali pertama Jennifer menjaga disiplin pemakanannya bagi mengekalkan bentuk badan seorang penari.
Komitmen Jennifer Komitmen Jennifer Reviewed by Kakigosip on 05:35:00 Rating: 5
Powered by Blogger.