Ketua kumpulan 100%, Seo Minwoo meninggal dunia

KETUA kumpulan K-pop ‘100%’, Seo Minwoo dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Gangnam, Seoul, Korea Selatan, malam semalam.

Menurut kenyataan agensi T.O.P Media yang disiarkan, Minwoo menghembuskan nafas terakhir sebelum pasukan penyelamat sampai di rumah.

“Dengan berat hati kami mengumumkan berita sedih ini bahawa Seo Minwoo telah meninggal dunia.

"Sebagai ketua kumpulan 100%, Minwoo telah menggalas tanggungjawabnya dengan baik.

“Beliau merupakan seorang rakan yang menyayangi ahli kumpulan dan peminatnya dengan ikhlas.

“Kami pasti ramai yang tahu tentang sifatnya yang baik dan dedikasi terhadap kerjayanya. Majlis pengebumian akan diadakan buat ahli keluarga terdekat,” kata agensinya seperti yang dilapor portal Allkpop.

Minwoo dilahirkan pada 8 Feb 1985. Beliau berusia 33 tahun.

Kumpulan 100% yang popular dengan lagu ‘Beat’, ‘Want U Back’ dan ‘U Beauty’, telah ditonton lebih satu juta kali di YouTube manakala video single terbaharu mereka ‘Song For You’ dimuat naik di YouTube Februari lalu.
Ketua kumpulan 100%, Seo Minwoo meninggal dunia Ketua kumpulan 100%, Seo Minwoo meninggal dunia Reviewed by Kakigosip on 05:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.