'Kebetulan saja' kata Syafiq

PENGARAH muda, Syafiq Yusof, 25, berharap penonton filem KL Special Force tidak melihat persamaan beberapa babak aksi rompakan di dalam filem itu dengan beberapa filem aksi luar negara sebagai isu besar.

“Kalau pernah tonton filem Police Story, ada babak perompak bertopeng yang sebenarnya diinspirasi daripada filem Point Break (1991) dan sejak itu bermulanya babak perompak bertopeng.

“Kemudian filem Heat (1995) dan selepas itu banyak lagi filem lain, kini saya pula buat dan ada yang katakan salah?” katanya.

Syafiq akui kebanyakan filem genre aksi jenayah menonjolkan perompak bertopeng, cuma kebetulan sahaja filem terbaru arahannya itu memakai topeng hampir sama seperti perompak di dalam filem Police Story.

Katanya, filem terbaru arahannya itu turut mendapat inspirasi daripada beberapa filem aksi dari Hong Kong.

Filem KL Special Force mengisahkan sekumpulan unit khas PDRM berusaha untuk menjatuhkan kumpulan perompak dikenali Geng Anarkis.

Dibarisi pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Sabrina Ali dan Tania Hudson, filem itu menemui penonton bermula 8 Mac (Khamis ini).
'Kebetulan saja' kata Syafiq 'Kebetulan saja' kata Syafiq Reviewed by Kakigosip on 20:23:00 Rating: 5
Powered by Blogger.