“Kaki, Muka, Tangan Semua Tak Rasa Apa-Apa” - Intan Najuwa

TINDAKAN aktres Intan Najuwa yang memuat naik status di InstaStory di Instagram miliknya yang memaklumkan kesihatannya terganggu telah mengundang kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Dedah pelakon drama bersiri popular Kekasih Paksa Rela ini, kesihatannya terganggu selepas mengalami tekanan darah rendah, rehidrasi selain demam kuat sehingga menyebabkan dia hampir-hampir pengsan.

"Ingin dimaklumkan, semua yang berkenaan dengan kerja atau pun review minta ditangguhkan selama seminggu.

"Sekarang kesihatan tengah tak mengizinkan," tulisnya.

Tambah Intan, akibat tekanan darah rendah dialaminya, dia mengalami kebas pada bahagian kaki, muka dan tangannya.



Bagaimanapun katanya, keadaannya kini semakin pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital.

"Ini bukan lawak, semalam tekanan darah rendah sampai kaki, muka, tangan semua kebas tak rasa apa.

"Campur dengan demam lagi, tuhan je tahu macam mana.

"Tetapi sekarang Alhamdulillah saya semakin pulih. Dah masuk air drip, ubat, antibiotik semua," ujarnya.

Sementara itu, Intan terharu dengan keperihatinan peminat yang mendoakan kesihatannya menerusi mesej yang dihantar kepadanya selain turut meminta mereka menjaga kesihatan.

"Saya harap anda kat luar sana jaga kesihatan. Sekarang cuaca terlalu panas. Minum air kosong banyak-banyak," katanya.



“Kaki, Muka, Tangan Semua Tak Rasa Apa-Apa” - Intan Najuwa “Kaki, Muka, Tangan Semua Tak Rasa Apa-Apa” - Intan Najuwa Reviewed by Kakigosip on 22:25:00 Rating: 5
Powered by Blogger.