Jurusolek Terkilan Dikecam Netizen Selepas Kongsi Foto Bersama Izreen

Nampaknya kemarahan netizen terhadap aktres kontroversi Izreen Azminda masih belum berakhir. Jika sebelum ini akaun Instagram Sheila Rusly dihujani kritikan dan dikecam gara-gara beliau memuat naik foto bersama Izreen, terbaru jurusolek yang dikenali sebagai pula menerima nasib serupa.

Mengaku terkejut dengan perkara itu, Naomi berkata dia hairan mengapa dia turut dikecam sedangkan niatnya hanya mahu berkongsi hasil kerjanya sebagai seorang jurusolek.

"Saya terkejut apabila menerima banyak komen berbentuk kecaman daripada netizen yang marahkan saya dan Izreen. Pelik pula apabila saya turut dikecam sedangkan itu hanyalah sekadar perkongsian hasil kerja saya sebagai seorang jurusolek.

"Gambar itu dirakam selepas saya menyolek Izreen untuk rancangan masakan Ketuk-Ketuk Ramadan yang menjalani penggambaran di sebuah pasar raya di Perlis, baru-baru ini.

"Ia menjadi tular apabila ada beberapa blog hiburan menulis mengenai foto saya bersama Izreen itu dan bermula daripada situlah ramai netizen menyerang Instagram peribadi saya iaitu @naomilarra," katanya seperti yang dilapor mStar Online.

..

Naomi turut meluahkan perasaan terkilan dengan sikap sesetengah individu yang terlalu mudah menjatuhkan hukum kepada orang lain.

Malah, dia turut kecewa dengan tindakan pengguna laman sosial yang tidak berhemah semasa meninggalkan komen dan menjadikan medium tersebut sebagai tempat untuk melepaskan amarah.

"Sejujurnya, saya rasa sedih apabila membaca komen-komen negatif itu, lebih-lebih lagi ia dituturkan oleh orang Melayu kita dan rata-rata mereka masih muda. Bukan Izreen sahaja dikecam, malah saya turut menjadi mangsa hinaan.

"Orang kata berdiam itu lebih baik kerana kita sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku disebalik isu ini dan kalau nak bagi nasihat gunakanlah bahasa yang sopan," ujarnya.

Kata Naomi lagi, semasa di belakang set, pelakon drama Bukan Wanita Sempurna ada bercerita mengenai hal rumah tangganya dan menitiskan air mata mengenangkan kontroversi yang melanda dirinya.

Selama lima tahun mengenali Izreen, Naomi menggambarkan artis itu sebagai seorang wanita yang ceria, kelakar, baik hati dan tidak pernah menyakitkan hati orang lain.

Sementara itu, sejak dilanda kontroversi Izreen membuat keputusan menutup sementara akaun Instagram miliknya.

Jurusolek Terkilan Dikecam Netizen Selepas Kongsi Foto Bersama Izreen Jurusolek Terkilan Dikecam Netizen Selepas Kongsi Foto Bersama Izreen Reviewed by Kakigosip on 05:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.