Jinggo Respon Dakwaan Sheila, Kru Tidak Solat Ketika Penggambaran

Pengarah terkenal yang juga suami pelakon Sheila Rusly iaitu Jinggo menegur cara seorang netizen yang mempersoalkan samada Sheila dan kru produksi menunaikan ibadah wajib sepanjang penggambaran program Ketuk-Ketuk Ramadan.

Jinggo menyifatkan cara tulisan individu berkenaann di Instagram isterinya itu boleh menimbulkan fitnah dan perspektif negatif masyarakat terhadap mereka.

"Bertanya itu boleh, tapi kena tahu apa yang kita nak tanya sebelum kita bertanya orang, komen itu boleh tapi kita kena tahu macam mana nak menulis sebab usaha kira nak mengingatkan orang lain.

"Tapi komen kita pula menfitnah orang lain, niat nak buat pahala, dosa pula yang dapat,

"Cara awak menulis sudah menghukum, kami kerja kejar masa dan solat wajib kami cari masa.

"Nampak tak sekarang apa jadi bila awak salah tulis orang lain salah baca. Nampak tak dosa tercipta bila kita silap mencari pahala?", tulisnya di Instgaram seperti yang dilaporkan mStar online.

..

Biarpun kerja sebagai sebuah produksi perlu mengejar masa, namun JS Pictures iaitu syarikat milik Jinggo dan Sheila tidak mengambil mudah kewajipan solat kerana pihak produksi akan menghentikan sementara penggambaran apabila tiba waktu untuk menunaikan solat.
Jinggo Respon Dakwaan Sheila, Kru Tidak Solat Ketika Penggambaran Jinggo Respon Dakwaan Sheila, Kru Tidak Solat Ketika Penggambaran Reviewed by Kakigosip on 04:58:00 Rating: 5
Powered by Blogger.