'Izzue pelapis pelakon air mata'

Penghasilan telefilem Abang Kandung dibuat sempena penganjuran program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) TV3.

Drama arahan Rashid Sibir ini akan menemui penonton menerusi slot Cerekarama TV3 pada 10 Mac.

Sebagai pengarah berpengalaman, Rashid menggarap cerita menarik menggabungkan pelakon senior dan seorang pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi program DFKL sendiri.

Antaranya Izzue Islam, Syafiq Kyle, Nasir Bilal Khan, Norlia Ghani dan Harun Hashim.

“Saya amat berpuas hati dengan lakonan yang diperlihatkan semua pelakon kerana berjaya memberi apa yang dimahukan.

“Izzue memberikan emosi yang begitu hebat sebagai Saiful. Dia dapat menjiwai wataknya dengan bagus dan faham apa yang diperlukan dalam satu-satu babak.

“Saya berani katakan Izzue adalah pelapis pelakon air mata yang baik selepas Datuk Rosyam Nor. Dia amat berdisiplin dan ada masa depan yang baik sebagai pelakon,” katanya.

Gandingan Izzue dan Syafiq amat menjadi kerana Rashid melihat Syafiq sebagai pelakon yang semakin meningkat naik.

“Disiplin amat penting untuk berjaya dan ciri-ciri ini juga ada pada Syafik. Dia ada potensi sebagai pelakon yang bukan saja ada rupa tapi ada bakat dan boleh pergi jauh dalam industri lakonan tempatan.

“Ada orang bertanya, kenapa saya selalu ambil Nasir berlakon? Tak dinafikan dia seorang pelakon yang bagus dan sayang kalau bakatnya disia-siakan begitu saja. Orang akan dapat ‘merasai’ karakternya sebagai bapa yang garang dan pemarah,” katanya.

Keserasian Rashid dengan pelakon yang sering terbabit dengan produksinya menjadi kunci kejayaan setiap drama terbitannya.

Sesuatu yang ketara, dia juga dikenali antara pengarah yang sentiasa membuka peluang buat artis veteran seperti Norlia dan Mak Mah berlakon.

“Mereka dua pelakon yang sentiasa di hati saya. Bahkan saya akan cipta satu watak yang sesuai buat mereka kerana saya sentiasa seronok ada pelakon veteran.

“Sudahlah lakonan bagus, disiplin masing-masing tak perlu dipertikaikan. Sebenarnya artis veteran ini adalah buah hati saya. Mereka terlalu dekat di hati saya dan tanpa mereka takkan meriah industri seni kita,” katanya.

Dalam pada itu, Rashid juga memuji lakonan Nolan yang dicungkil daripada DFKL dan menyifatkannya boleh pergi jauh jika sentiasa diberikan peluang.

Sinopsis

Saiful meninggalkan kampung dan hidup bergelumang dosa di bandar dengan pil khayal, mabuk dan wanita.

Bagaimanapun, dia tiba-tiba pulang ke kampung untuk meminta maaf daripada bapanya, Pak Talib, tetapi malangnya Pak Talib menghalau Saiful dan tidak membenarkannya tinggal di rumahnya.

Adiknya, Usof yang berniaga roti canai membawa Saiful ke rumah nenek mereka dan menumpang di situ. Dia akhirnya bekerja sebagai penoreh getah. Namun Saiful tetap mahu meminta maaf daripada Pak Talib kerana sudah memalukan bapanya itu.

Sekali lagi, Pak Talib tetap tidak mahu memaafkan Saiful sehinggalah Usof mahu menjaga abangnya. Saiful akhirnya muntah darah dan dbawa ke hospital.


'Izzue pelapis pelakon air mata' 'Izzue pelapis pelakon air mata' Reviewed by Kakigosip on 07:01:00 Rating: 5
Powered by Blogger.