Isteri Opick fail cerai kali kedua

ISTERI kepada penyanyi Indonesia, Opick, iaitu Dian Rosita Ningrum akhirnya memfailkan penceraian.

Menurut teman baik Dian, Ina Rachman, proses penceraian pasangan ini sedang berjalan dan Opick tidak hadir ketika sidang pertama sebutan kes mereka.

Bagaimanapun, Ina enggan berkongsi apakah punca Dian memfailkan penceraian setelah 16 tahun hidup bersama pelantun Rapuh itu.



"Lebih baik tanya Dian sahaja sebabnya," ujarnya ringkas dipetik dari laman web hiburan Indonesia.

Sebelum ini, Dian dilaporkan pernah cuba memfailkan penceraian selepas Opick dilaporkan bernikah dengan seorang janda muda.

Dian dikatakan terlalu kecewa dengan tindakan Opick yang telah membelakanginya. Namun, Dian dikatakan menarik semula keputusan tersebut lantaran masih menyayangi Opick.

Pasangan ini juga dilaporkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung semenjak Opick berpoligami.

Dian dan Opick telah berkahwin pada 15 Julai 2002 dan dikurniakan enam orang anak.
Isteri Opick fail cerai kali kedua Isteri Opick fail cerai kali kedua Reviewed by Kakigosip on 12:20:00 Rating: 5
Powered by Blogger.