Isteri Kecewa Opick Nikah Janda Muda, Mahu Diceraikan

Rumah tangga penyanyi lagu dakwah berasal dari Indonesia, Opick dan Dian Rositaningrum dilaporkan kini dilanda konflik.

Dalam diam-diam Dian nekad memfailkan cerai terhadap pelantun lagu Rapuh itu setelah hampir 16 tahun hidup bersama.

Keputusan tersebut dikatakan berpunca kerana Dian kecewa atas keputusan penyanyi yang popular dengan lagu Rapuh itu menikahi satu lagi dengan janda muda.

Memetik laporan WowKeren.com, Dian sejak dari mula lagi berasa sangat sedih kerana Opick berpoligami tanpa izinnya. Namun kini Dian sudah menerima ketentuan itu tetapi memilih tidak lagi tinggal sebumbung dengan Opick.

"Sudah tidak serumah. Mungkin kalau dikata menangis, sudah habis kali ya air matanya. Saya hormat, dia wanita yang tegar luar biasa. penderitaannya tuh, luar biasa lah wanita yang sangat tegar," kata pengacara Ina Rachman yang juga merupakan teman baik Dian.

Dalam permohonan cerai tersebut, Dian turut membuat beberapa permintaan. Bagaimanapun permintaan tersebut tidak didedahkan.

"Ada beberapa permintaan yang dibuat anak guam saya (istri Opick) kepada suaminya, supaya semua dapat selesai baik-baik.

"Saya belum dapat bercakap panjang lebar, kerana sidang pertama saja belum dihadiri. Jadi tunggu sidang seterusnya pada 20 Mac ini," katanya peguam Dian.

Isteri Kecewa Opick Nikah Janda Muda, Mahu Diceraikan Isteri Kecewa Opick Nikah Janda Muda, Mahu Diceraikan Reviewed by Kakigosip on 13:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.