Irama Malaysia selamatkan peserta BRTM

MEMASUKI minggu keenam, Konsert Bintang RTM 2018 menyaksikan saingan yang semakin sengit apabila 10 peserta tampil dengan persembahan terbaik mereka.

Antara yang masih bersaing untuk merebut tempat di peringkat akhir ialah Hariz, Dee,  Yuveena, Hafiz, Anna, Heidi, Ajoi, Ferona, Rusil dan Yasser.

Pada minggu ni, para peserta diberi cabaran untuk membuat persembahan menerusi tema Lagu Irama Malaysia.


Sesuai dengan tema, juri jemputan yang mengadili peserta pada konsert minggu ini terdiri daripada Pak Ngah, Noraniza Idris selain juri tetap AG Coco.

Biarpun Yuveena, Anna dan Rusil merupakan peserta yang mendapat markah terendah pada minggu ini, namun mereka terselamat dan berpeluang meneruskan perjuangan pada minggu seterusnya apabila tiada penyingkiran yang dilakukan.

Sementara itu, juri tetap, AG Coco menyifatkan pada minggu ini kesemua peserta tampil dengan persembahan terbaik mereka menjadikan konsert bertemakan Irama Malaysia itu menjadi sangat menarik.


“Bagi saya minggu ini merupakan konsert Bintang RTM yang paling best. Semua peserta bagus sampai saya rasa macam menonton pertandingan akhir Lagu Irama Malaysia pula,” katanya.

Bintang RTM 2018 yang bersiaran secara langsung di TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri ini menampilkan Misha Omar dan Aqasha sebagai pengacara.
Irama Malaysia selamatkan peserta BRTM Irama Malaysia selamatkan peserta BRTM Reviewed by Kakigosip on 22:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.