Intan Liyana ditawarkan jadi duta produk

NAMPAKNYA rezeki Intan Liyana, yang juga merupakan madu kepada pelakon Izreen Azminda ini semakin murah.

Difahamkan Intan telah banyak mendapat tawaran daripada pelbagai pihak yang bersimpati dengan kes rumah tangganya.

Pendedahan ini dikongsikan oleh penyanyi Ani Mayuni yang mengakui cukup rapat dan mengenali Intan dan keluarganya termasuk suami Intan dan Izreen, Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude.

“Di sebalik kesulitan yang dilaluinya, saya difahamkan banyak pihak yang tampil untuk membantu meringankan beban Intan dengan memberikan tawaran sebagai duta produk mahupun peluang membuat IG Review.

“Saya sering menasihatinya agar sentiasa bersabar dan kuat menghadapi dugaan yang datang kepadanya kerana pasti ada hikmah atas semua yang berlaku ini.

“Apa pun yang  berlaku, saya harap dia dapat meneruskan kehidupan seperti biasa demi anak-anak,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Ani Mayuni yang telah menganggap Intan sepeti adiknya sendiri itu tidak mahu campur tangan dalam masalah rumah tangga Intan yang kini sedang hangat diperkatakan.

“Sebagai seorang kakak yang mengenali hati budinya, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya.

“Apa pun yang berlaku, kami sentiasa ada untuk menyokongnya,” tegas Ani Mayuni.
Intan Liyana ditawarkan jadi duta produk Intan Liyana ditawarkan jadi duta produk Reviewed by Kakigosip on 05:35:00 Rating: 5
Powered by Blogger.