Insiden Wajah Beyonce Digigit Aktres Popular Cetus Spekulasi

Pendedahan pelawak dan pelakon popular Tiffany Haddish yang mengaku dia tahu siapa sebenarnya aktres popular yang pernah mengigit wajah Beyonce Knowles sekitar hujung tahun lalu terus kecoh dan hangat diperkatakan peminat.

Menurut Tiffany, insiden tersebut berlaku ketika di seuah parti yang dianjurkan Beyonce dan Jay-Z pada Disember lalu. Namun Tiffany tidak ingin mendedahkan identiti sebenar aktres tersebut.

Semenjak tersebarnya hal tersebut, ramai peminat mula membuat spekulasi dan antara nama aktres yang disebut seperti Sanaa Lathan dan Sara Foster.

Tidak berdiam diri, Sanaa dan Sara cepat-cepat menyangal dakwaa tersebut dengan membuat kenyataan menerusi Twitter masing-masing.

Pelakon siri The Cleveland Show itu menyifatkan dakwaan tersebut lucu an mustahil dia berkelakuan sedemikian

"Kalian semua lucu. Dalam situasi apapun saya tidak menggigit Beyonce dan jika saya melakukannya, itu akan menjadi gigitan cinta," tweet Sanaa.

..

Manakala bintang "90210", Sara Foster memberikan klarifikasi melalui akun Instagram miliknya.

"Saa menyanjungi siapa pun berfikir bahwa saya boleh melakukan perkara ini terhadap Beyonce," tulis Sara.

..

Sementara itu, model Chrissy Teigen juga terpanggil untuk membuat kenyataan menerusi Twitter bahawa dia tahu siapa sebenarnya yang menggigit Beyonce.

"Saya tidak boleh meninggalkan planet ini tanpa mengetahui siapa yang menggigit wajah Beyonce.

"Saya hanya memikirkan seorang orang yang akan melakukan perkara ini. Tapi aku tidak boleh mendedahkannya. Tapi dia ... adalah teruk," tulis Chrissy.

Tweet Chrissy mendapat banyak respon daripada pengguna Twitter yang mendesaknya untuk memberitahu identiti aktres tersebut.

Tetapi tidak lama kemudian, isteri John Legend ini mengatakan jangkaannya salah.

"BUKAN orang yang ku fikir paling buruk. Saya selesai," tulis Chrissy.

..

Dalam pada itu, wakil pengurusan Beyonce pula membuat kenyataan tidak tahu siapa yang telah melakukan hal tersebut pada pelantun lagu Lemonade itu.

"Saya benar-benar tidak dapat memberi komen mengenai hal ini, kerana saya tidak tahu," ujar wakil tersebut.

Insiden Wajah Beyonce Digigit Aktres Popular Cetus Spekulasi Insiden Wajah Beyonce Digigit Aktres Popular Cetus Spekulasi Reviewed by Kakigosip on 05:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.