Ini terlalu peribadi: Ziana Zain

HARI ini penyanyi Ziana Zain menjadi bualan ramai apabila suaminya, Armin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.

Meskipun berhadapan dengan saat-saat sukar, namun penyanyi kesayangan ramai ini bersedia memberikan komen ringkas.

"Saya tak boleh komen lanjut sebab kes mahkamah. Ini terlalu peribadi. Doakan yang terbaik," jelasnya yang dihubungi menerusi Whatsapp.


Terdahulu, Armin, 53, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, bekas Pramugara Kanan Malaysia Airlines itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula.

Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Ini terlalu peribadi: Ziana Zain Ini terlalu peribadi: Ziana Zain Reviewed by Kakigosip on 20:08:00 Rating: 5
Powered by Blogger.