Ini periuk nasi saya: Ziana Zain

BIARPUN berdepan dengan kemelut rumah tangga yang benar-benar menguji, penyanyi kesayangan ramai, Ziana Zain tetap dilihat tenang menjalani rutin hariannya seperti biasa.

Ziana yang ditemui ketika rakaman Konsert Dimensi Lagenda Raya di RTM pada Selasa mengakui akur dengan ketentuan takdir dan cuba bersikap terbuka dengan ujian yang sedang dilaluinya.

“Alhamdulillah saya OK dan kehidupan dan kehidupan perlu diteruskan. Move On dan kena fikir positif. Doakan yang terbaik,” kata Ziana kepada Media Hiburan.


Penyanyi Puncak Kasih ini juga dilihat terbuka berdepan dengan peminat mahu pun pihak media meskipun kisah rumah tangganya masih hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.

“Ini adalah periuk nasi saya. Saya ada tanggungjawab yang besar kepada peminat dan industri seni.

“Kita tidak boleh lemah sebab kalau lemah, kita akan kalah. Jadi kena lawan perasaan tersebut. Saya pun kena kuat untuk masa depan,” tegasnya.

Mengulas tentang hubungannya dengan suami, Armin Zaharin, kata Ziana buat masa ini mereka sibuk dengan urusan masing-masing.

“Semua ada perkara sendiri yang perlu dilakukan. Buat sementara waktu kita perlu tunggu keputusan mahkamah kerana ketika ini fokus saya pada kerja dan anak-anak,

“Dia (suami) pun ada perkara yang perlu difokuskan juga. Untuk keadaan sekarang, kita go with the flow.

“ALLAH itu maha kaya, kita tak tahu apa ujian yang Dia akan berikan kepada kita pada masa depan. Semua benda boleh jadi,” ujar Ziana lagi.

Dalam pada itu, Ziana sempat berpesan kepada para peminatnya akan mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.

“Pesanan saya kepada peminat, doa yang baik-baik untuk saya, anak-anak, kerjaya dan semuanya,” pinta ibu kepada empat orang anak ini lagi.
Ini periuk nasi saya: Ziana Zain Ini periuk nasi saya: Ziana Zain Reviewed by Kakigosip on 06:10:00 Rating: 5
Powered by Blogger.